PUO teraju transformasi TVET mampan melalui kecemerlangan ESG, Lean-Kaizen

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui penganjuran Majlis Kecemerlangan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) dan Pengurusan Lean.

Majlis ini adalah manifestasi komitmen PUO dalam menyahut Amanat Pendidikan Tinggi 2026 yang menekankan kecemerlangan operasi dan kelestarian global.

​​Pengarah PUO, Salmi Che Meh berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama strategik Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini bertujuan mengiktiraf warga kerja dan jabatan yang berjaya melaksanakan transformasi produktiviti melalui metodologi Lean-Kaizen serta menyepadukan prinsip ESG dalam pengurusan institusi.

Menurutnya, ia adalah inisiatif strategik untuk memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan prinsip ESG serta transformasi Quality Environment 5.0 (QE 5.0) dalam kalangan warga PUO.

“Pada masa sama, ia menyerlahkan peranan MPC sebagai agensi utama memacu produktiviti dan daya saing negara melalui sokongan teknikal, strategik, panduan, data, penyelidikan, transformasi digital, serta amalan moden untuk pengurusan risiko dan kelestarian organisasi,

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program berkenaan di Dewan Jubli Perak PUO, di sini.

​Dalam perkembangan berkaitan, Salmi menekankan bahawa pelaksanaan ESG di PUO adalah pendekatan yang berpaksikan manusia di mana kesejahteraan warga kerja dan tanggungjawab sosial menjadi keutamaan selari dengan Higher Education Blueprint.

​”Kita bukan sekadar mengurus rutin, tetapi memimpin perubahan. Transformasi ke arah QE 5.0 mencerminkan semangat purpose-driven, di mana setiap proses dan inisiatif mesti memberi nilai serta impak nyata kepada negara,” ujarnya.

​Antara sorotan utama majlis adalah penyampaian anugerah kepada individu dan kumpulan yang menunjukkan kecemerlangan dalam budaya produktiviti, termasuk kategori, Productivity Leader, Productivity Practitioner dan Rising Talent.

​Penglibatan aktif PUO dalam Konvensyen Lean-Kaizen sehingga kini membuktikan institusi ini tidak hanya melaksanakan teori, malah menjadi penanda aras dalam membina budaya kerja yang sentiasa mencari ruang penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Pada majlis ini, sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Senior Productivity Specialist, Asian Productivity Organization (APO) Japan, MPC Rosmi Abdullah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

TVET bertaraf dunia: Graduan PUO diiktiraf ACCA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI