Ternakan babi boleh diteruskan tapi perlu jauh dari rumah penduduk – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju agar kawasan aktiviti penternakan babi tidak diteruskan sekiranya ia dibangunkan di kawasan yang boleh mencetuskan kegelisahan penduduk setempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kriteria utama yang perlu diambil kira iaitu sensitiviti dan ketenteraman masyarakat, yang mana lokasi aktiviti itu perlu jauh daripada kediaman penduduk.

Namun tegas beliau, kerajaan menghormati dan mempunyai pendirian jelas dari segi dasar apabila tidak melarang orang bukan Islam makan haiwan itu.

“Mengenai ternakan babi, saya setuju dengan pandangan tidak harus diteruskan di kawasan yang menimbulkan kegelisahan penduduk tempatan.

“Kalau mahu, cari pilihan tempat yang jauh, boleh teruskan. Kita dari segi dasar tidak menentang ternakan babi atau tidak melarang orang bukan Islam makan babi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Damar Sari di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI