Tiga sekeluarga maut kemalangan: Pemandu Toyota Hilux positif dadah

BATU GAJAH – Tiga sekeluarga maut selepas kenderaan mereka naiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Batu 1 Jalan Tanjung Tualang di sini malam tadi.

Mangsa maut dikenali sebagai S Sarala Devi, 34 dan G Sarasbathy, 65, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi manakala S Shaastikka, 3, disahkan meninggal dunia di Hospital Batu Gajah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 9.50 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Kampar ke Bemban melalui Jalan Tanjung Tualang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian pemandu Toyota Hilux terbabit dipercayai telah memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan Perodua Myvi dinaiki tiga sekeluarga yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan ini mengakibatkan wanita berusia 34 dan 65 tahun maut di lokasi kejadian manakala kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Batu Gajah.

“Pemandu Toyota Hilux bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan,“ katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda itu  positif dadah jenis tetrahidrokannabinol (THC).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu, penumpang MYVI maut kemalangan dengan pacuan empat roda

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI