Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) memperuntukan sejumlah RM2.1 juta bagi kerja-kerja baik pulih infrastruktur awam di negeri Perak.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia melibatkan kerja-kerja baik pulih pasar awam, taman rekreasi dan juga medan selera di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang serta sistem perparitan dan longkang di Parlimen Batu Gajah.
Katanya, peruntukan untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan awam itu sebagai usaha KPKT dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #KPKT #infrastrukturawam





