Pertimbang semula pemecatan Zainol Fadzi -Bersatu Pasir Salak

PASIR SALAK – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pasir Salak memohon Lembaga Rayuan parti supaya mempertimbangkan semula keputusan pemecatan Datuk Zainol Fadzi Paharudin berdasarkan keseluruhan latar belakang dan rekod perjuangan ketua bahagiannya itu.

Setiausaha Bersatu Bahagian Pasir Salak, Noridayu Ismael berkata, bagaimanapun pihaknya menghormati keputusan oleh Lembaga Disiplin parti berhubung tindakan terhadap Zainol Fadzi.

“Bersatu Bahagian Pasir Salak menghormati keputusan Lembaga Disiplin parti berhubung tindakan terhadap Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

“Namun demikian, dengan mengambil kira jasa, komitmen serta sumbangan besar yang telah dicurahkan oleh Datuk Zainol Fadzi dalam memperkukuh dan membangunkan parti di Bahagian Pasir Salak, kami dengan penuh rendah hati memohon agar Lembaga Rayuan parti dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Noridayu memaklumkan, bagi memastikan kesinambungan pentadbiran bahagian, kepimpinan kini dipangku oleh Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pasir Salak, Mohammad Zahid Ahmad Nawawi selaku selaras dengan peruntukan Fasal 19.9 Perlembagaan parti tersebut.

“Bersatu Bahagian Pasir Salak kekal utuh dan terus komited melaksanakan tanggungjawab seperti biasa demi memastikan kestabilan organisasi serta kelancaran gerak kerja parti.

“Menjelang Pilihan Raya Umum ke-16, Bersatu Bahagian Pasir Salak akan memperhebat usaha memperkukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi, menyusun strategi yang lebih tersasar serta mempertingkatkan kehadiran bersama rakyat,“ ujarnya.

Beliau berkata, hubungan kerjasama bersama rakan-rakan komponen Perikatan Nasional (PN) kawasan Pasir Salak akan terus diperkasa demi memastikan kesepaduan dan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Terdahulu media melaporkan, Zainol Fadzi antara 17 pimpinan Bersatu Perak yang dipecat Lembaga Disiplin parti itu kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.

Selain Zainol, wakil rakyat dari Perak yang turut mengalami nasib sama ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pergolakan Bersatu berpotensi jadi permulaan kepada pengakhiran – Tok Him

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI