Pembenihan awan di Perak berjaya, paras air di empangan pulih

IPOH – Operasi pembenihan awan yang dilaksanakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) termasuk di Perak telah berjaya meningkatkan paras air di dua empangan yang sebelum ini menyusut akibat cuaca panas berpanjangan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, operasi itu dibuat atas permintaan kerajaan negeri ekoran berlaku penyusutan paras air di Empangan Bukit Merah di Bagan Serai dan Tasik Temengor di Gerik.

“Hujan mula turun dalam tempoh yang panjang sejak minggu lalu yang mana ada ketikanya berlarutan pada setiap petang.

“Oleh kerana operasi itu berjaya, maka berlaku pembenihan awan dan sekali gus berjaya menambah paras air di empangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.

pembenihan awan Perak paras air empangan Perak Empangan Bukit Merah air susut Tasik Temengor paras air operasi pembenihan awan Malaysia cuaca panas Perak bekalan air Perak hujan lebat Ipoh banjir kilat Ipoh
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memberi bekas makanan kepada pengunjung ketika mengunjungi Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 19 FEBRUARI 2026.

Dalam pada itu Saarani berkata, langkah itu penting bagi menampung kekurangan bekalan air di kawasan berkenaan bagi mengelakkan berlaku masalah daripada sudut keupayaan penjanaan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Malah kata beliau, sekiranya terus berlarutan tanpa sebarang tindakan ia dibimbangi akan menjejaskan sistem pengairan bagi aktiviti pertanian di sekitar Sungai Perak khususnya di Kuala Kangsar dan Teluk Intan.

“Jika kita tidak melakukan pembenihan awan dan hujan tidak turun, ia akan menjejaskan operasi penjanaan tenaga elektrik.

“Apabila paras air rendah, pihak TNB juga tidak dapat melepaskan air ke hilir di Sungai Perak. Jadi berlaku situasi air kering di Kuala Kangsar hingga ke Teluk Intan.

“Dan ini akan menjejaskan pula muka sauk kendalian Lembaga Air Perak (LAP) dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan operasi pembenihan awan itu juga telah mengakibatkan kawasan di daerah lain mengalami situasi hujan lebat dalam tempoh masa yang lama.

Namun jelas Saarani, situasi banjir kilat di beberapa kawasan di Ipoh termasuk Manjoi pada baru-baru ini, bukan berpunca daripada limpahan Sungai Perak seperti yang didakwa segelintir pihak.

“Situasi banjir kilat yang dilaporkan bukan disebabkan air dari Sungai Perak kerana sungai itu menyusut sebelum ini.

“Sebaliknya, ua berlaku kerana hujan terlalu lebat dan sistem perparitan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak,” katanya lagi.

Mengulas tentang kemungkinan operasi pembenihan awan diteruskan, Saarani memberitahu, ia bergantung kepada keadaan cuaca serta nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“Pembenihan awan memerlukan kehadiran awan yang sesuai. Kita perlu dapatkan nasihat MET Malaysia terlebih dahulu. Jika keadaan mengizinkan dan awan mencukupi, barulah operasi boleh dilaksanakan,” jelasnya,

Media sebelum ini melaporkan beberapa operasi pembenihan awan akan dilakukan di tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak bermula 11 hingga 15 Februari lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata, operasi pembenihan awan itu dilaksanakan susulan paras air beberapa empangan di negeri terbabit semakin menyusut akibat cuaca panas berterusan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak mohon Pembenihan Awan disegerakan susulan paras empangan rendah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI