AJK Bersatu Bahagian Subang, Pasir Salak keluar parti

KUALA LUMPUR – Bersatu terus bergolak apabila ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Subang dan Pasir Salak mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Bersatu Subang, Wan Ahmad Shukrie berkata, tindakan diambil atas dasar prinsip dan integriti selepas mendapati hala tuju serta keputusan pimpinan tertinggi parti tidak lagi selari dengan mandat dan aspirasi akar umbi.

“Masa depan sesebuah wadah perjuangan politik tidak seharusnya bersandarkan kepada survival kelompok kecil, sebaliknya ia mesti berpaksikan kepada mandat rakyat dan aspirasi akar umbi yang menjadi nadi kekuatan parti.

“Atas dasar prinsip yang tidak boleh dikompromi, kami selaku barisan kepimpinan Jawatankuasa Bersatu Bahagian Subang meletak jawatan secara kolektif daripada semua jawatan yang disandang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain Wan Ahmad Shukri, pemimpin lain dari bahagian itu yang meletak jawatan dan keluar Bersatu ialah Ketua Bahagian, Asyraf Halim; Timbalan, Mohd Shahril Hashim; Naib Ketua, Iskandar Al Quyyum; Timbalan Pengerusi Tetap, Azhari Yusof dan Bendahari, Adleezan Pakhalan.

Selain itu, Ketua Penerangan; Muhammad ‘Afifurrahman; Ketua ARMADA, Mohamed Rizwan dan Ketua Sayap Bersekutu, Wong Yong Kang bersama barisan AJK lain.

Menurut Ahmad Shukrie, keputusan kolektif itu diambil dengan berat hati, namun penuh tanggungjawab.

“Apabila visi perjuangan asal mula terhakis, integriti menuntut kami untuk mengundur diri secara terhormat,” katanya.

Sementara itu, seluruh AJK Bersatu Bahagian Pasir Salak turut membuat keputusan meletak jawatan serta keluar parti selepas mesyuarat khas bahagian itu semalam.

Kenyataan mengenai keputusan itu dibacakan Pemangku Timbalan Ketua Bahagian, Mohamad Zahid Aman Nauri.

“Kami seluruh AJK Bersatu Bahagian Pasir Salak dengan saya Timbalan Ketua Bahagian selaku Pemangku: Naib Ketua Bahagian, Mohamad Zainal Abidin Saini; Setiausaha Bahagian, Abdul Manaf Saud; Bendahari, Mohamad Aiman Abdul Majid; Ketua Penerangan, Nor Azman Askar meletak jawatan dan keluar parti

“Turut berbuat demikian ialah Ahli Jawatankuasa, Sazali Ismail; Ahmad Razali Sulamat; Baharudin Osman; Izuddin Isa; Hamdan Rahim; Mohamad Kamil Adnan; Abu Bakar Ismail; Mohd Ali Sahrum, Prof Shamsul Nahar Abdullah.

“Empat AJK lantikan, iaitu Mohamad Saimi Sulaiman, Najib Mustafa, Nuraini Nadi dan Mohamad Hazir Tayib,” katanya menambah keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas bahagian itu semalam dan mendakwa secara rasminya bahagian Pasir Salak terbubar.

“Tindakan ini dilakukan atas faktor kami hilang kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI