BN tidak campur dan berlagak ‘hero’ dalam urusan Bersatu

LUMUT – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan parti berkenaan tidak akan mencampuri urusan pergolakan yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, ia bagi mengelakkan sebarang spekulasi atau andaian bahawa parti berkenaan cuba mencampuri urusan parti lain dengan menjadi penyelamat.

“Pertama saya ingin sebutkan di sini bahawa di peringkat Barisan Nasional khususnya kita tidak mahu orang kata masuk campur ataupun terlibat dalam apa yang berlaku dalam parti yang berkenaan.

“Sebab adalah tidak tidak wajar di peringkat ini ketika mana mereka berada dalam keadaan berantakan di antara sesama mereka maka kita perlu datang sama ada untuk melakukan langkah-langkah menyelamat ataupun memberi ruang kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Program Santuni Pesakit Hospital Seri Manjung Bersempena Ramadan dan Tahun Baharu Cina 2026 di Hospital Seri Manjung, di sini, pada Sabtu.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abd Kadir hadir ke Program Santuni Pesakit Hospital Seri Manjung Bersempena Ramadan dan Tahun Baharu Cina 2026 di Hospital Seri Manjung, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 FEBRUAR

Tambah Zambry, ruang perlu diberikan kepada Bersatu untuk menyelesaikan masalah parti mengikut perancangan pimpinan dan ahlinya.

Ditanya sama ada terdapat permohonan menjadi ahli UMNO daripada bekas ahli Bersatu, Zambry berkata, meskipun terdapat khabar angin berkenaan perkara tersebut, BN mengambil pendekatan sama untuk tidak mencampurinya.

“Ya soal sama ada ura-ura itu kita dengar macam-macamlah kalau dalam di peringkat pasaran ini kita tahu dalam ‘market’ macam-macam kita kita dengar.

“Tetapi apa pun untuk di peringkat ini kita lebih mengambil pada pendekatan tidak mahu mencampuri masalah mereka. Biarlah mereka menghadapi sesama mereka dan mencari jalan penyelesaian mereka,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI