Sultan Perak terima bayaran zakat RM7.87 juta daripada tujuh syarikat korporat

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,  berkenan menerima zakat berjumlah RM7,874,066.76 daripada tujuh syarikat korporat dan seorang individu kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) dalam satu majlis di Istana Iskandariah, di sini, pada Rabu.

ZAPAR dalam kenyataan memaklumkan, Jakel Ipoh, Perak yang diwakili Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel mendahului senarai syarikat pembayar zakat dan menyerahkan RM300,000.

Ia diikuti Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad yang diwakili Pengerusi, Mohd Hasrizad Zaman dengan zakat berjumlah RM103,845.30, serta RM1,000,000 daripada Menteri Besar Incorporated yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Anuar Zainal Abidin.

Sultan Nazrin terima zakat RM7.87 juta zakat korporat Perak Zakat Perak Al Ridzuan ZAPAR MAIPK Perak zakat Istana Iskandariah Kuala Kangsar syarikat bayar zakat Perak zakat korporat Malaysia Sultan Perak terima zakat

Menteri Besar Incorporated melalui Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Anuar Zainal Abidin, menyerahkan zakat kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam satu majlis di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

“Selain itu, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azhar Mohd Yusof menyerahkan zakat berjumlah RM4,553,453.46.

“Kemudian, diikuti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zulkefli Abdullah dengan jumlah zakat RM900,000.

“Sementara Royale College Of Medicine Perak yang di wakili oleh Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr. Syed Rahim Syed Hamid pula menyerahkan zakat berjumlah RM256,769,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan sama, SS Trend Trading yang melalui Pengasasnya, Muhamad Syafi Md Sayuti menyerahkan zakat dengan jumlah RM159,999.

“Penyerahan zakat yang terakhir merupakan zakat pendapatan dan simpanan oleh Datuk Dr Zakaria A Kadir yang berjumlah RM600,000,” katanya lagi.

Tambahnya, Sultan Nazrin kemudiannya menyerahkan zakat kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Dalam pada itu ZAPAR berkata, zakat mempunyai peranan sebagai mekanisme agihan kekayaan yang adil serta pemangkin kesejahteraan sosial.

“Ia bukan sekadar kewajipan, malah instrumen pembangunan ummah yang mampu memperkasa ekonomi masyarakat secara menyeluruh,” jelasnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kadar zakat fitrah di Perak RM10, RM16 dan RM25

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI