Malaysia berada di landasan kukuh di bawah kerangka MADANI

IPOH – Malaysia kini berada di landasan yang kukuh di bawah kerangka MADANI, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Kor Ming dalam satu kenyataan berkata, ia dibuktikan dengan dengan pelbagai pencapaian ekonomi serta pelbagai langkah reformasi di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hasil daripada kestabilan politik dan reformasi struktur ekonomi negara, Malaysia telah berjaya mencatat pelaburan asing yg tinggi dan turut mencatatkan jumlah nilai perdagangan tertinggi dlm sejarah sebanyak RM3.05 trillion.

“Prestasi ringgit kini menjadi mata wang terbaik di Asia. Nilai ringgit telah meningkat dari 4.80 kepada 3.88 berbanding dolar Amerika Syarikat dan berbanding Yen Jepun telah meningkat dari 27 menjadi 39.5 Yen, manakala jika dibanding dengan rupiah Indonesia, telah meningkat dari 3,000 menjadi 4,300,” katanya.

Beliau berkata demikian pada  Majlis Jamuan Makan Malam DAP Ipoh Timor sempena Tahun Baru Cina di sini.

Kor Ming yang juga Timbalan pengerusi DAP turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tetap komited untuk melaksanakan reformasi institusi termasuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Nga Kor Ming.

Selain itu juga kerajaan juga sedang melaksanakan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam sistem pentadbiran keadilan.

“Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI telah berjaya meluluskan pindaan perlembagaan bagi memperuntukkan hak sama rata dengan kanak-kanak yang dilahirkan di luar Persekutuan oleh ibu warganegara Malaysia bagi memperoleh kewarganegaraan.

“Kedudukan daya saing negara mengikut indeks daya saing dunia juga melonjak dari tangga 34 menjadi ke 23, sekali gus diiktiraf sebagai negara yang mencapai kemajuan tertinggi di seluruh dunia,” katanya.

Tambah beliau semua pencapaian itu jelas menunjukkan bahawa Malaysia kini berada di landasan yang kukuh dan semua rakyat negara ini diseru bersama-sama mengekalkan momentum ini.

Majlis jamuan makan malam tersebut telah berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan budaya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI