DAP pandang serius isu mafia korporat, dakwaan SPRM jadi alat kepentingan peribadi

KUALA LUMPUR – DAP mengambil perhatian serius terhadap dakwaan sebuah media asing berkenaan kewujudan gejala mafia korporat dan institusi Suruhanjaya Pencegahan Rayuan Malaysia (SPRM) digunakan oleh syarikat tertentu sebagai alat untuk mencapai matlamat kepentingan peribadi.

Setiausaha DAP, Anthony Loke berkata, ia antara ketetapan yang diputuskan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) malam tadi.

Selain itu, menurutnya, DAP juga menyatakan kekecewaan terhadap kegagalan Dewan Rakyat meluluskan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun dan menyeru kerajaan untuk membentangkan semula RUU tersebut dalam Sidang Parlimen yang akan datang untuk merealisasikan agenda reformasi yang penting ini.

DAP juga menyokong keputusan kerajaan untuk merujuk Rang Undang-Undang (RUU) Pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ke Jawatankuasa Pilihan Khas dan menyatakan komitmen untuk menambahbaik aspek akauntabiliti dan ketelusan proses pelantikan jawatan tersebut melalui wakil DAP dalam jawatankuasa tersebut iaitu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

“DAP terus komited untuk mendokong agenda reformasi institusi dalam kerajaan dan tidak berkompromi dalam sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa serta menyokong penuh agenda memerangi rasuah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI