LPHP sahkan akaun TikTok guna namanya bukan milik rasmi agensi

IPOH – Akaun TikTok yang memaparkan maklumat berkaitan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) disahkan bukan milik rasmi agensi berkenaan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pihak LPHP mengesan kewujudan akaun tersebut yang dipercayai dikendalikan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.

“Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) ingin memaklumkan bahawa akaun TikTok yang dipaparkan adalah bukan milik rasmi LPHP.

“Akaun tersebut dipercayai dikendalikan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan (scam),” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya pada Khamis.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mempercayai akaun berkenaan serta tidak memberikan sebarang maklumat peribadi melalui platform tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau memberikan sebarang maklumat peribadi melalui akaun tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, sebarang maklumat rasmi berkaitan LPHP hanya akan disalurkan menerusi saluran media sosial rasmi agensi berkenaan.

Setakat ini, akaun TikTok menggunakan nama Lembaga Hartanah Perak (lembaga.hartanah) memuat naik empat hantaran video dengan 972 pengikut serta 1,888 tanda suka. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

LPHP sediakan Pusat Jagaan Kanak-kanak Iman di PPR Seri Kepayang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI