Masyarakat India rindu pemerintahan BN – Saravanan

TAPAH – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan masyarakat India di negara ini merindui pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, perkara itu disuarakan sendiri komuniti berkenaan kepadanya memandangkan kemampuan BN menyelesaikan masalah rumah ibadat dan isu sensetif lain.

Jelasnya lagi, nasib masyarakat India lebih terbela di bawah kepimpinan BN sebelum.

“Saya dah bagi tahu dari awal, rakyat memang rindu Barisan Nasional. Baru-baru ini dalam retreat saya memang sebut perkara ini di hadapan Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi).

“Apabila melihat isu-isu rumah ibadat dan sebagainya mereka masyarakat India berpendapat nasib mereka lebih dibela di bawah kepimpinan BN.

Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid, Surau Diri Jumaat dan Surau Kawasan Parlimen Tapah di Dewan Merdeka, Tapah, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 MAC 2026.

“Hari ini ada (individu) yang cuba buat kekecohan di isu-isu keagamaan, nampak macam tak ada orang nak protect (lindung) masyarakat India. Mereka rindu BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid, Surau Diri Jumaat dan Surau Kawasan Parlimen Tapah di Dewan Merdeka, Tapah, pada Jumaat.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Dr. Mohamad Yusri Bakir dan ADUN Chenderiang, Choong Shin Heng .

Tambah Saravanan, kesediaan BN untuk bertanding 115 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Parlimen ke-16 (PRU-16) mencerminkan keyakinan gabungan parti keramat itu kembali memimpin negara.

“Ini satu tanda baik bahawa kita sedia untuk memerintah negara ini kembali,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI