JTMK PUO hargai keprihatinan PAKIS santuni pelajar melalui program iftar

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) melalui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) terus memperkukuh hubungan strategik bersama komuniti luar menerusi program iftar anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan Insan (PAKIS).

Program yang memasuki tahun ketiga penganjurannya itu menyaksikan agihan juadah berbuka puasa khusus buat para pelajar JTMK PUO.

Dalam majlis ringkas yang penuh ukhuwah tersebut, sebanyak 60 pek makanan dan minuman telah diedarkan kepada pelajar bagi memastikan mereka dapat menikmati hidangan berbuka yang sempurna.

Inisiatif berkenaan turut memberi manfaat terutamanya kepada pelajar yang menetap di asrama dan rumah sewa berhampiran kampus.

Ketua Jabatan JTMK PUO, Ainie Hayati Noruzman turut menzahirkan penghargaan kepada pihak PAKIS atas keprihatinan yang ditunjukkan terhadap kebajikan warga pelajar di institusi tersebut.

“Kami di JTMK PUO amat berbesar hati dengan sumbangan 60 pek juadah yang diberikan ini. Inisiatif sebegini bukan sahaja membantu meringankan beban harian pelajar, malah membuktikan bahawa komuniti luar sentiasa bersama kami dalam menyokong kebajikan anak-anak didik di politeknik.

“Ini adalah satu manifestasi murni dalam menyemai semangat kekeluargaan dan kasih sayang di bulan yang penuh keberkatan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PAKIS selaras dengan aspirasi PUO untuk melahirkan graduan yang holistik dalam ekosistem pendidikan yang inklusif dan prihatin.

“Kita berharap usaha berkenaan dapat diteruskan pada masa hadapan demi memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara serta mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti setempat,“ ujarnya.

PAKIS yang ditubuhkan pada 10 Oktober 2021 sentiasa komited memastikan setiap sumbangan yang diterima disalurkan secara telus kepada golongan yang memerlukan, termasuk sokongan kebajikan kepada institusi pendidikan seperti PUO. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelajar Geomatik PUO terokai ilmu falak di Baitul Hilal Segari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI