Orang ramai serbu PJRM Aidilfitri beli keperluan Raya

IPOH – Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Aidilfitri yang diadakan di Bangunan Persekutuan Greentown di sini mendapat sambutan kerana menawarkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran serta memudahkan orang ramai untuk mendapatkan keperluan Hari Raya.

Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terbeban, khususnya golongan B40 dan M40.

Orang ramai serbu PJRM Aidilfitri beli keperluan Raya
Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan asas pada program Jualan Rahmah Madani Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di Bangunan Persekutuan Ipoh (Greentown), pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MAC 2026.

Pekerja kontraktor, Zaid Zakaria, 35, berkata, dia membelanjakan lebih RM200 untuk membeli barangan basah termasuk daging, manakala barangan kering pula kurang daripada RM100 kerana sebahagian barangan tersebut sudah tersedia di rumah.

Dalam pada itu, dia turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana inisiatif Jualan Rahmah yang disifatkan banyak membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga lebih murah.

Orang ramai serbu PJRM Aidilfitri beli keperluan Raya
Zaid Zakaria, 35, ketika ditemui pada program Jualan Rahmah Madani KPDN Perak di Bangunan Persekutuan Ipoh (Greentown). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MAC 2026.

“Saya rasa Jualan Rahmah ini memang banyak membantu. Saya berterima kasih kepada kerajaan sebab dapat menolong rakyat. Kalau saya nampak di mana-mana ada Jualan Rahmah, memang saya akan berhenti sebab memang banyak pengurangan harga.

“Kalau ikut peratus, saya rasa dalam 40 hingga 50 peratus lebih murah bagi sesetengah barangan. Banyak barang yang kedai lain susah nak dapat stok, tapi dekat sini memang ada stok.

“Jualan ini memang membantu, apa-apa saja barangan ada. Kalau ada Jualan Rahmah memang saya singgah dan beli,” katanya.

Bagi Nabilah Insyirah Mohd Noordin, 22, dari Chemor pula berkata, dia menemani ibunya untuk membeli barangan keperluan untuk rumah terbuka yang diadakan pada Hari Raya ini.

”Kami datang sini untuk beli barang kerana nak buat rumah terbuka, jadi nak beli barang-barang untuk rumah terbuka. Beli ayam, beras, ada sos-sos sedikit, macam itulah.

Orang ramai serbu PJRM Aidilfitri beli keperluan Raya
Nabilah Insyirah Mohd Noordin, 22, ketika ditemui pada program Jualan Rahmah Madani KPDN Perak di Bangunan Persekutuan Ipoh (Greentown). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MAC 2026.

“Alhamdulillah jualan ini banyak membantu sebab kalau beli dekat kedai biasa rasanya dah lebih daripada harga ini. Sebab ini baru nak masuk RM100, kalau tidak dah memang lebih RM100,” ujarnya.

Sementara itu, peniaga, Khairul Azhar Zakaria, 36, daripada Taiping berkata, PJRM ini amat membantu rakyat untuk membeli barangan basah dan kering terutamanya menjelang Hari Raya.

Orang ramai serbu PJRM Aidilfitri beli keperluan Raya
Khairul Azhar Zakaria, 36, ketika ditemui pada program Jualan Rahmah Madani KPDN Perak di Bangunan Persekutuan Ipoh (Greentown). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MAC 2026.

“Hari ini saya berbelanja lebih kurang RM140 untuk barang basah dan RM120 untuk barang kering,“ jelasnya.

Rata-rata orang ramai berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup tetapi juga memastikan bekalan barangan mencukupi untuk semua golongan masyarakat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ops Pantau: Ada peniaga tidak pamer harga untuk dimanipulasi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI