Pengusaha Lemang Manong, Hanizah Osman, 60, memasukkan pulut ke dalam batang lemang sebelum dibakar untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.
Para peniaga sedang sibuk menyiapkan jualan dan tempahan lemang yang dibuat pelanggan di persimpangan Jalan Jelapang – Taman Meru 2C, Ipoh menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada Sabtu.
Sekitar jam 10 pagi, campuran beras pulut, santan kelapa bersama garam telah siap dimasukkan ke dalam setiap satu batang buluh sebelum dibakar di tepi bara kayu api.
Ada juga antara peniaga telah menjual kira-kira 1,000 batang lemang pada Khamis selepas ada sebahagian masyarakat mahu membuat persiapan lebih awal bagi menyambut lebaran.
Peniaga lemang tidak menang tangan apabila menerima banyak tempahan lemang sebagai persiapan terakhir menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan MalaysiaGazette di pekarangan Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.Peniaga lemang menyusun lemang yang dibakar untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.Peniaga lemang membawa kayu api ke tempat bakar untuk memasak lemang ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.Peniaga lemang tidak menang tangan apabila menerima banyak tempahan lemang sebagai persiapan terakhir menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan MalaysiaGazette di pekarangan Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.Peniaga lemang memasukkan santan ke dalam buluh lemang ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.