MPBN percepat keputusan, anjakan dari reaktif kepada siap siaga – Zahid

KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) disifatkan sebagai anjakan besar dalam landskap pengurusan bencana negara apabila ia bakal mempercepat keputusan strategik, memperkemas penyelarasan serta memastikan tindakan di lapangan digerakkan secara lebih tersusun dan bersepadu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MPBN bukan sekadar penstrukturan semula, sebaliknya menjadi platform tertinggi yang membolehkan keputusan berkaitan bencana dibuat tanpa kelewatan birokrasi serta mengelakkan kelompongan antara Persekutuan dan negeri.

“Penubuhan MPBN juga mencerminkan kesungguhan Kerajaan untuk beralih daripada pendekatan tindak balas selepas bencana kepada pendekatan yang memberi penekanan lebih besar kepada kesiapsiagaan, pencegahan dan pengurangan risiko bencana,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan MPBN ditubuhkan sebagai badan tertinggi yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan bencana serta pengurangan risiko bencana di peringkat nasional.

Majlis itu akan diadakan sejurus selepas mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang berlangsung secara berkala, sekali gus memastikan penyelarasan terus dibuat pada peringkat tertinggi kepimpinan negara.

Sekretariat MPBN pula diputuskan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang akan memperkukuh peranannya sebagai agensi peneraju utama dari segi kapasiti, kepakaran dan keupayaan operasi.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid menegaskan pendekatan baharu itu amat penting dalam suasana dunia yang berdepan perubahan iklim serta peningkatan risiko bencana yang semakin kompleks dan tidak menentu.

“Penubuhan MPBN juga mencerminkan kesungguhan Kerajaan untuk beralih daripada pendekatan tindak balas selepas bencana kepada pendekatan yang memberi penekanan lebih besar kepada kesiapsiagaan, pencegahan dan pengurangan risiko bencana,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan lama yang bersifat reaktif, sebaliknya perlu memastikan negara bersedia lebih awal bagi meminimumkan risiko serta mengurangkan impak terhadap nyawa rakyat, harta benda dan ekonomi.

Ahmad Zahid menegaskan, anjakan itu akan menjadi asas penting untuk memastikan Malaysia lebih tangkas, terselaras dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran bencana pada masa hadapan. — MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI