LKIM sumbang RM5,000 operasi mencari nelayan jatuh bot

BERUAS – Kerajaan Negeri Perak melalui agensi berkaitan akan terus memantau operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan yang dilaporkan terjatuh dari bot di perairan Pulau Pasir Hitam, Ahad lalu.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, ia termasuk memastikan kebajikan keluarga mangsa sentiasa terpelihara.

Menurut beliau, seorang mangsa berjaya ditemui manakal seorang lagi iaitu pemilik bot Sim Yau Kok dilaporkan masih hilang.

“Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga mangsa, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menyalurkan bantuan sebanyak RM5,000.00.

“Ia bertujuan membantu serta menyokong operasi mencari dan menyelamat mangsa yang belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu Mohd Zolkafly mengadakan lawatan ke rumah keluarga nelayan yang terlibat dalam insiden berkenaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis Wong May Ing, Pengarah LKIM Perak, Ahmad Zulkifli Ismail.

Pada lawatan berkenaan, Mohd Zolkafly turut memaklumkan LKIM akan menyalurkan bantuan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Utara.

Beliau berkata, bantuan tersebut akan disalurkan oleh pihak PNK sebagai bayaran kos minyak diesel dan sebagainya kepada pasukan sukarelawan yang telah terlibat secara langsung dalam operasi mencari dan menyelamat. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI