Perak perkukuh agenda masyarakat menua melalui program WE Fit

IPOH – Program Warga Emas Fit (WE Fit) anjuran Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak (SPW) yang diperkenalkan pada tahun lalu akan dilaksanakan secara bersiri di 12 lokasi seluruh Perak tahun ini, dengan memberi tumpuan kepada daerah yang mempunyai populasi warga emas tertinggi.

Bagi tahun ini, program WE Fit itu akan dilaksanakan bermula bulan ini hingga Oktober depan, dengan menyasarkan 100 peserta, menjadikan keseluruhan seramai 1,200 peserta.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Salbiah Mohamed berkata, ini selaras dengan selaras usaha kerajaan negeri memperkukuh penjagaan dan kesejahteraan golongan berkenaan.

Menurutnya, pelaksanaan program tersebut bertujuan mengumpul data lebih menyeluruh mengenai situasi fizikal warga emas di negeri ini, di samping menilai keberkesanan inisiatif yang dijalankan.

“Kita memerlukan program ini dilakukan di beberapa tempat dan dari segi keberkesanan pun sebab kita mendapat respon yang baik. Bila kita turun satu tempat itu memang kita mendapat respons daripada warga emas.

“Tapi fokus kita adalah lebih kepada collecting (mengumpul) data. Kita nak tengok bagaimana situasi secara fizikalnya warga emas di negeri ini.

“Dari program ini juga kita dapat kenal pasti ramai warga emas yang memerlukan penjagaan, jadi kita akan latih lebih ramai lagi caregiver (penjaga) kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain,” katanya.

Perak perkukuh agenda masyarakat menua melalui program WE Fit
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Salbiah Mohamed (berdiri hadapan, tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama peserta sempena Program WE Fit Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di Dewan Greentown, Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh pada Khamis. Foto Rosdalilah Zahari

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program WE Fit Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di Dewan Greentown, Rumah Pangsa Jalan Hospital di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah SPW, Jamilah Zakaria.

Program WE Fit adalah satu inisiatif berbentuk holistik bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas di samping memperkukuh hubungan sosial, mencegah pengasingan sosial serta mengurangkan kadar warga emas tidak aktif dan berisiko terlantar.

Dalam pada itu, Salbiah berkata, berdasarkan data semasa, Perak telah mencapai status negeri menua lebih awal apabila lebih 15 peratus daripada kira-kira tiga juta penduduknya kini berusia 60 tahun ke atas.

“Walaupun kalau ikut datanya kita menjelang 2030 baru sampai 15 peratus tetapi kita sampai awal.

“Ini kerana kita memberi tumpuan kepada aspek penjagaan warga emas, tumpuan kepada warga emas, kesedaran kepada warga emas yang kita lakukan bahkan sewaktu sidang (DUN) baru-baru ini pun kita telah mewujudkan Jawatankuasa Masyarakat Menua Negeri Perak,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dapatan WE Fit bantu Perak rangka inisiatif untuk warga emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI