UMNO raih hampir 14,000 ahli baharu dalam talian sejak 22 April

KUALA LUMPUR – UMNO merekodkan 13,954 keahlian baharu menerusi sistem pendaftaran dalam talian sejak dibuka pada 22 April lalu, sekali gus mencerminkan anjakan signifikan parti dalam menarik penyertaan khususnya golongan muda.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sambutan luar biasa itu dilihat sebagai game changer selepas parti mempermudahkan proses permohonan keahlian.

Menurut beliau, setakat 8 pagi, sayap Pemuda mencatatkan jumlah tertinggi dengan 8,233 ahli, diikuti Puteri (1,290) dan Wanita (1,240).

“Seawal 8.30 pagi, kita dapat lihat mereka sudah beratur beramai-ramai. Trend peningkatan ini menunjukkan perkembangan positif yang berlaku hampir setiap hari,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut memaklumkan Johor mencatatkan jumlah pendaftaran baharu ahli UMNO tertinggi mengikut negeri diikuti Pahang dan Perak.

Tambah beliau, langkah mempermudahkan keahlian itu selaras dengan hasrat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membuka ruang lebih luas kepada anak muda untuk menyertai parti tanpa proses rumit.

“Melalui kuasa Majlis Kerja Tertinggi (MKT), mereka kini boleh diiktiraf sebagai ahli penuh bukan lagi sekadar ahli bersekutu, sekali gus setaraf dengan ahli UMNO lain,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI