Mahasiswa anak Perak dipersiap jadi penerus legasi pembangunan negeri

BATU KURAU – Program Anak Angkat Pengguna Siswa @ Batu Kurau menjadi platform kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) untuk merapatkan jurang antara mereka dan masyarakat akar umbi serta mempupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta terdiri daripada pelbagai kaum.

Empat elemen utama diterapkan dalam program tersebut meliputi isu kepenggunaan, pembangunan komuniti luar bandar, penerokaan budaya serta pemerkasaan perpaduan melalui interaksi antara bangsa.

Wakil peserta, Muhammad Syahmi Abdul Halim berkata, program ini antara salah satu persediaan bagi generasi muda untuk menjadi penerus legasi kepimpinan dan pembangunan yang telah diusahakan oleh kerajaan negeri.

Mahasiswa anak Perak dipersiap jadi penerus legasi pembangunan negeri
Wakil peserta Program Anak Angkat Pengguna Siswa @ Batu Kurau, Muhammad Syahmi Abdul Halim. Foto ABDULLAH YUSOF.

“Jadi, kami berharap dapat memberikan impak yang besar untuk masa hadapan di mana dalam 20 ke 30 tahun lagi, sepertimana yang Menteri Besar Perak (Datuk Seri Saarani Mohamad) mengatakan bahawa tahun 2030 bukan tahun untuk beliau tetapi tahun bagi mahasiswa-mahasiswa seperti kami ini.

“Kemungkinan umur kami dalam 30 tahun, 40 tahun, jadi kami yang akan meneruskan legasi yang Menteri Besar Perak telah lakukan pada tahun-tahun sebelumnya. Seperti peluang pekerjaan yang sangat banyak.

“Justeru, kami sebagai batu loncatan akan meneruskan legasi yang telah diamanahkan kepada kami, mahasiswa belia Perak,” katanya.

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada Majlis Perasmian Program Anak Angkat Pengguna Siswa @ Batu Kurau di Kampung Sempeneh di Gelanggang Futsal Kampung Sempeneh Batu Kurau, di sini baru-baru ini.

Peserta program, Nur Auni Nasuha Mohammad Nazari berkata, pelbagai manfaat yang diperoleh sepanjang mengikuti program tersebut.

Mahasiswa anak Perak dipersiap jadi penerus legasi pembangunan negeri
Peserta Program Anak Angkat Pengguna Siswa @ Batu Kurau, Nur Auni Nasuha Mohammad Nazari. Foto ABDULLAH YUSOF.

Menurutnya, antara pengisian yang diadakan adalah taklimat daripada Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung isu kepenggunaan.

Tambahnya, mahasiswa yang mengikuti program tersebut ditempatkan bersama keluarga angkat di sekitar Kampung Sempeneh dan Kampung Batu Kurau.

“Selain taklimat daripada KPDN, antara aktiviti utama adalah bersama keluarga angkat yang secara langsung dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain termasuk masyarakat di kampung ini.

“Sehubungan itu, saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujar pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam USAS itu.

Seramai 80 mahasiswa anak Perak daripada 12 IPTA dan IPTS seluruh negara menyertai program tersebut yang bermula dari 7 hingga 10 Mei. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Program Anak Angkat Pengguna Siswa perkukuh kesedaran kepenggunaan – MB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI