Dadah ‘zombi’ menerusi Vape: Langkah penguatkuasaan bakal diumum KKM

PARIT – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengumum langkah penguatkuasaan susulan penularan penyalahgunaan dadah jenis fentanyl atau dikenali dadah ‘zombi’ menerusi penggunaan vape.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah tersebut akan diumumkan beliau dalam masa terdekat.

“Justeru dengan itu kita mengambil sikap untuk pertamanya penguatkuasaan dan dalam waktu terdekat kita membuat pengumuman tertentu tentang langkah-langkah yang kita akan ambil.

“Sangat penting untuk kita bekerjasama bukan bukan hanya dalam KKM tetapi juga bersama KDN (Kementerian Dalam Negeri), PDRM (Polis Diraja Malaysia), Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan lain-lain,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir ke Majlis Perasmian Hospital Seri Iskandar di Perkarangan Hospital Seri Iskandar, di sini, pada Khamis.

Terdahulu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

Semalam Dzulkefly berkata, KKM menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti isu rokok elektronik atau vape, terutama dalam kalangan pelajar sekolah.

Beliau turut berkata, Bahagian Kesihatan Awam (BKA) KKM sedang meneliti impak penguatkuasaan dan perundangan sedia ada membabitkan vape.

Terdahulu media melaporkan dadah ‘zombi’ furanyl fentanyl yang dipercayai 50 ke 100 kali lebih kuat daripada morfin kini mula dijual dalam pasaran rokok elektronik (vape) secara terbuka kepada pelanggan tetap.

Kegiatan itu terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melancarkan Op Vape 1.0 di seluruh negara bermula 13 hingga April lalu membabitkan rampasan RM4.6 juta. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI