JPV Perak patah cubaan pindah 101 ekor kambing

IPOH – Cubaan seorang pemandu lori memindahkan 101 ekor kambing secara haram di Bidor tidak kesampaian apabila berjaya di kesan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Saifullizam Abd Kadir berkata, lori yang membawa ternakan berkenaan ditahan kira jam 3.30 pagi, pada Khamis, di Hentian Sebelah Ladang Bikam Arah Selatan.

Beliau berkata, penahanan itu dilaksanakan melalui Ops Korban Tegas 2026 oleh sepasukan anggota penguat kuasa JPV Perak dalam usaha memperkukuh kawalan pergerakan ternakan menjelang musim perayaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan yang sah.

“Modus operandi dengan menutup keseluruhan bahagian belakang kenderaan menggunakan kanvas bagi mengaburi pihak penguat kuasa juga tidak berjaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Saifullizam berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa Ops Korban Tegas 2026 yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha sehingga hari perayaan, bertujuan mengawal dan membanteras aktiviti pemindahan ternakan tanpa kebenaran yang sah. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI