Video tular: Pemandu isi ‘cecair’ dalam botol ketika memandu

TAIPING – Polis sedang mengesan pemilik akaun Threads yang memuat naik video tular yang memaparkan seorang pemandu bas dipercayai sedang memasukkan cecair ke dalam botol ketika memandu sebuah bas dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abd Malek Ismail berkata, video berkenaan telah dirakam oleh seorang penumpang bas sebelum dimuat naik ke laman sosial Threads oleh pemilik akaun dikenali sebagai Ahmad Andzar @dzarvinci.

Menurutnya, berdasarkan perbualan di ruangan komen oleh pemilik akaun, lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, beliau berkata, individu berkenaan menyatakan kebimbangan kemungkinan kejadian berlaku di laluan berisiko seperti kawasan sebelum Terowong Menora.

“Setakat ini, tiada maklumat lanjut diperoleh berkaitan syarikat bas yang terlibat mahupun lokasi tepat kejadian.

“Polis turut memaklumkan usaha mengesan pemilik akaun sedang giat dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden tersebut dan diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya kepada pengguna jalan raya, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar menyalurkannya kepada Asisten Superintenden Mohd Jamil Zaifani Ja’amin di talian 013-765 9937 atau 05-829 1222 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di platform Threads rakaman video memaparkan seorang pemandu bas memasukkan cecair berwarna hijau ke dalam botol dipercayai air ketum sewaktu sedang memandu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tular kejadian curi di gerai nasi bajet, polis buru suspek

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI