Maritim Perak rampas vesel pukat tunda, hasil laut lebih RM3 juta

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah vesel pukat tunda tempatan kelas C bersama hasil laut dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai lebih RM3 juta di perairan Pulau Samak, Isnin lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, penahanan dilakukan sekitar pukul 9.11 pagi oleh aset Maritim Malaysia ketika melaksanakan rondaan khas menerusi Op Sayong, Op Pintas dan Op Tiris 4.0 di kedudukan 9.4 batu nautika barat pulau tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan seorang tekong bersama empat awak-awak yang kesemuanya warga Myanmar.

Maritim Perak rampas vesel pukat tunda, hasil laut lebih RM3 juta
Seorang tekong bersama empat awak-awak yang kesemuanya warga Myanmar ditahan Maritim Malaysia Perak kerana disyaki melanggar syarat sah lesen di Pulau Samak dekat Lumut, Selasa lalu. Foto Maritim Malaysia Perak

“Pemeriksaan lanjut mendapati vesel berkenaan disyaki melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat ikan kurang daripada 15 batu nautika dari daratan terhampir.

“Kesemua kru turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua kru yang ditahan bersama vesel, peralatan menangkap ikan dan hasil laut dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh untuk siasatan lanjut.

Maritim Perak rampas vesel pukat tunda, hasil laut lebih RM3 juta
Sebahagian hasil laut yang dirampas Maritim Malaysia Perak kerana disyaki melanggar syarat sah lesen di Pulau Samak dekat Lumut, Selasa lalu. Foto Maritim Malaysia Perak

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengusaha vesel tempatan yang melanggar syarat lesen dan menceroboh kawasan zon tangkapan ikan yang dilarang.

“Tindakan memukat di bawah jarak yang dibenarkan bukan sahaja menjejaskan pendapatan nelayan tradisional, malah merosakkan ekosistem marin yang menjadi tempat pembiakan ikan,” tegasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak tahan vesel nelayan langgar syarat sah lesen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI