Penyebar hantaran palsu babit penjawat awam berdepan tindakan undang-undang

IPOH – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pengguna media sosial sekiranya didapati dengan sengaja menyebarkan hantaran palsu sehingga menjejaskan reputasi penjawat awam atau imej sesebuah jabatan kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Shaiful Ibrahim berkata, tindakan berkenaan termasuk membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan individu yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

Katanya, laporan polis boleh dibuat sama ada oleh individu yang menjadi mangsa fitnah atau oleh jabatan terlibat sekiranya penularan kandungan tersebut memberi kesan buruk kepada imej serta reputasi organisasi.

“Terhadap pihak penyebar, tindakan perundangan sewajarnya perlu diambil dengan membuat laporan polis. Laporan ini boleh dibuat oleh individu yang terkesan itu sendiri.

“Sekiranya pihak jabatan mendapati penularan tersebut memberikan kesan buruk kepada imej agensi, jabatan juga akan mengambil tindakan sama bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa mengesan individu yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ibadah Korban Kampung Angkat MADANI JPA bersama komuniti Kampung Kota Bharu sempena Hari Raya Aidiladha di sini pada Sabtu.

Penyebar hantaran palsu penjawat awam Related Keyphrases tindakan undang-undang JPA fitnah terhadap penjawat awam penyebaran maklumat palsu laporan polis media sosial reputasi penjawat awam
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Shaiful Ibrahim bercakap kepada pemberita pada Program Ibadah Korban Kampung Angkat MADANI JPA sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, di Kampung Kota Bharu, Kampar. Foto Amirrul Rabbani Rashid.

Menurut Mohd Shaiful, JPA akan sentiasa meneliti setiap dakwaan yang tular di media sosial membabitkan penjawat awam sebelum sebarang tindakan diambil terhadap pegawai yang dikaitkan.

Jelas beliau, ini kerana pihak jabatan tidak akan terus menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan kepada sesuatu kandungan media sosial yang tular tanpa siasatan terperinci.

“Sekiranya timbul kes-kes sebegini, pihak kami akan melalui pelbagai proses penelitian terlebih dahulu. Kita tidak akan terus menghukum atau menuduh pegawai tersebut bersalah,” ujarnya.

Mohd Shaiful berkata, sekiranya hasil siasatan yang dijalankan mendapati penjawat awam berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan, mereka akan dibebaskan daripada dakwaan yang dikaitkan.

Walau bagaimanapun beliau memaklumkan, sekiranya terdapat bukti jelas berlaku salah laku atau pelanggaran peraturan, tindakan akan diambil mengikut prosedur yang ditetapkan termasuk dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam

“Menjadi tanggungjawab kami untuk mempertahankan kredibiliti jabatan-jabatan kerajaan. Dan selepas selesai laporan dibuat, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut.

“Sekiranya terdapat kes yang kukuh (wujud pelanggaran peraturan), perkara ini akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tular kejadian curi di gerai nasi bajet, polis buru suspek

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI