2,808 calon STPM 2025 di Perak lulus penuh, PNGK 2.91

IPOH – Perak merekodkan 99.15 peratus jumlah calon lulus penuh peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 membabitkan seramai 2,808 daripada 2,832 calon.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabata Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Ahmad Faidzul Mat Yazid berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 0.15 peratus berbanding 99 peratus bagi STPM 2024.

“Sukacita dimaklumkan bahawa PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) negeri Perak STPM 2025 telah meningkat sebanyak 0.06 mata iaitu daripada 2.85 mata pada tahun 2024 kepada 2.91 mata pada tahun 2025.

“Peratusan calon STPM 2025 yang mendapat lulus penuh berbanding STPM 2024 telah meningkat sebanyak 0.15 peratus iaitu daripada 99 peratus (3,057 calon) kepada 99.15 peratus (2,808 calon) pada 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2025 di Bilik Seri Keledang di Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Persiaran Meru Utama, di sini, pada Khamis.

Tambahnya, seramai 116 calon STPM 2025 di Perak berjaya memperoleh PNGK 4.00 yang menunjukkan peningkatan berbanding 106 calon tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah tersebut, 10 calon daripada aliran sains dan 106 calon daripada aliran sains sosial.

“Sebanyak 44 daripada 58 buah sekolah mencatatkan 100 peratus lulus penuh peperiksaan STPM 2025 berbanding 43 buah sekolah pada tahun 2024 dengan peningkatan sebanyak 0.58 peratus,” katanya.

Katanya lagi, dalam peperiksaan STPM 2025, bilangan calon yang mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil telah meningkat kepada 4 calon berbanding 3 calon pada STPM 2024. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI