Wakaf mesin dobi layan diri mudahkan waris pesakit, jana ekonomi masjid

SEJAK sekian lama wakaf menjadi antara instrumen penting dalam pembangunan masyarakat Islam termasuk melalui penyediaan pelbagai kemudahan yang memberi manfaat berpanjangan kepada orang ramai.

Seiring dengan keperluan dan perkembangan semasa, pelaksanaan wakaf kini juga diperluaskan kepada pelbagai projek yang bukan sahaja mampu menjana pendapatan dan malah turut membantu menyelesaikan kemaslahatan masyarakat.

Kesukaran yang dialami waris mangsa tragedi 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan sebelum ini yang terpaksa menunggu lama di hospital menjadi titik tolak kepada projek rintis wakaf mesin dobi di Pusat Dobi Layan Diri Ar-Ridzuan di Masjid Muhibbuddin Shah di sini.

Wakaf mesin dobi bantu waris pesakit, jana ekonomi masjid Keyphrase Synonyms Projek Wakaf Mesin Dobi Ar-Ridzuan Wakaf mesin dobi MAIPk Dobi wakaf di masjid Wakaf Perak Ar-Ridzuan Pusat dobi wakaf masjid Related Keyphrase Projek Wakaf Mesin Dobi Ar-Ridzuan MAIPk perkasa institusi wakaf Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh Wakaf Perak jana ekonomi masjid Kemudahan dobi untuk waris pesakit HRPB
Pusat Dobi Layan Diri Wakaf Ar-Ridzuan di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF, 23 JUN 2026.

Projek yang mula beroperasi pada April lalu itu bukan sekadar menyediakan kemudahan dobi layan diri, malah menjadi sebahagian usaha memperkasa institusi wakaf melalui model yang mampu menjana pendapatan kepada masjid, di samping memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Pengurus Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Noraizad Rosli berkata, pelaksanaan projek tersebut tercetus selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melihat kesusahan yang dihadapi waris mangsa dalam beberapa tragedi besar yang berlaku di negeri ini tahun lalu.

“Semasa baginda menziarahi waris mangsa di hospital, baginda melihat sendiri ada keluarga yang terpaksa menunggu lama sehingga tidur di dalam kereta atau di kaki lima hospital kerana menanti urusan jenazah serta rawatan selesai.

“Daripada situ timbul keprihatinan baginda supaya diwujudkan kemudahan penginapan yang selesa kepada waris pesakit dan pada masa sama dilengkapi kemudahan dobi bagi membantu mereka menguruskan keperluan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Siri Jelajah Prihatin Zakat atau ZAPAR (Zakat Perak Al Ridzuan) Care Tour (ZACT) 2.1 yang turut dihadiri Pengurus Besar ZAPAR, Ahmad Nazim Md Tajuri, di sini, baru-baru ini.

Wakaf mesin dobi bantu waris pesakit, jana ekonomi masjid Keyphrase Synonyms Projek Wakaf Mesin Dobi Ar-Ridzuan Wakaf mesin dobi MAIPk Dobi wakaf di masjid Wakaf Perak Ar-Ridzuan Pusat dobi wakaf masjid Related Keyphrase Projek Wakaf Mesin Dobi Ar-Ridzuan MAIPk perkasa institusi wakaf Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh Wakaf Perak jana ekonomi masjid Kemudahan dobi untuk waris pesakit HRPB
Pengurus Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Noraizad Rosli ketika ditemui pada Program ZAPAR Care Tour (ZACT) 2.1 di Pusat Dobi Layan Diri Wakaf Ar-Ridzuan di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF, 23 JUN 2026.

Beliau berkata, susulan titah Sultan Perak itu, MAIPk bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) merangka satu projek rintis yang menggabungkan kemudahan tempat penginapan, Kamar Musafir, dengan sebuah pusat dobi layan diri di Masjid Muhibbuddin Shah.

Ujar beliau, selain tempat penginapan yang telah sedia ada, pemilihan Masjid Muhibbuddin Shah sebagai lokasi pelaksanaan projek wakaf mesin dobi layan diri itu juga dibuat kerana ia berada berhampiran dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Inisiatif wakaf diterjemah

Menurut Noraizad, projek wakaf mesin dobi di Pusat Dobi Layan Diri Ar-Ridzuan di Masjid Muhibbuddin Shah dilaksanakan menerusi dana Wakaf Perak Ar-Ridzuan yang memberi fokus kepada empat teras utama iaitu pendidikan, kesihatan, ekonomi dan agama.

Beliau berkata, projek dobi layan diri tersebut diletakkan di bawah teras ekonomi kerana ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat, malah berupaya menjana sumber pendapatan baharu kepada masjid.

“Perbezaan projek ini berbanding dengan dobi komersial yang lain ialah statusnya sebagai projek wakaf. Walaupun fizikalnya kelihatan sama, namun keuntungan yang diperoleh akan dipulangkan semula untuk manfaat ummah.

“Apabila projek ini beroperasi, masyarakat mendapat kemudahan, masjid memperoleh manfaat kebajikan, manakala penyumbang pula memperoleh ganjaran pahala wakaf yang berterusan selagi mana aset ini digunakan,” ujarnya.

Wakaf mesin dobi bantu waris pesakit, jana ekonomi masjid Keyphrase Synonyms Projek Wakaf Mesin Dobi Ar-Ridzuan Wakaf mesin dobi MAIPk Dobi wakaf di masjid Wakaf Perak Ar-Ridzuan Pusat dobi wakaf masjid Related Keyphrase Projek Wakaf Mesin Dobi Ar-Ridzuan MAIPk perkasa institusi wakaf Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh Wakaf Perak jana ekonomi masjid Kemudahan dobi untuk waris pesakit HRPB
Antara unit mesin dobi layan diri yang terdapat di Pusat Dobi Layan Diri Wakaf Ar-Ridzuan di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF, 23 JUN 2026.

Noraizad berkata, projek pembangunan wakaf mesin dobi layan diri itu melibatkan kos keseluruhan bernilai lebih RM240,000 dengan sebahagian besar perbelanjaan digunakan bagi perolehan mesin dobi.

Tambah beliau, sebanyak lapan mesin dobi disediakan iaitu empat mesin basuh dan empat mesin pengering lengkap dengan pelbagai kemudahan lain seperti kamera litar tertutup (CCTV) serta kaedah pembayaran digital menggunakan kod QR.

Noraizad berkata, pihak jawatankuasa masjid turut diberikan latihan pengurusan dan penyelenggaraan mesin dobi secara berperingkat sebelum projek itu dimulakan.

Kata beliau, latihan yang disediakan merangkumi pelbagai aspek teknikal, pengendalian operasi harian serta langkah keselamatan bagi memastikan aset wakaf tersebut dapat diuruskan dengan baik.

Pengurus Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Noraizad Rosli menunjukkan keadaan di Pusat Dobi Layan Diri Wakaf Ar-Ridzuan di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF, 23 JUN 2026.

“Konsep wakaf ini mempunyai rukun yang jelas iaitu harta yang diwakafkan, penerima manfaat dan pewakaf. Tanggungjawab MAIPk adalah menterjemahkan sumbangan tersebut kepada projek yang dapat dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat.

“Apabila masyarakat melihat sendiri projek yang berjaya direalisasikan, keyakinan mereka untuk terus menyumbang akan meningkat kerana mereka tahu ke mana dana itu disalurkan,” katanya lagi.

Pada masa sama Noraizad berkata, MAIPk juga kini sedang merancang untuk memperluaskan projek Wakaf Mesin Dobi Ar-Ridzuan ini ke beberapa lokasi lain di Perak secara berperingkat mengikut zon.

“Sekiranya tiada apa-apa halangan, kita akan cuba mengusahakan empat buah pusat dobi sama seperti ini di empat lokasi lain di negeri ini dalam tahun ini juga.

“Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada jumlah kutipan wakaf yang kita perolehi. Jika tidak boleh dibangunkan serentak, mungkin kita akan melaksanakannya secara berperingkat sehingga tahun hadapan,” jelasnya.

Manfaat kepada masjid, komuniti

Dalam pada itu, Imam 1 Masjid Muhibbuddin Shah, Mohamad Nasir Hassan berkata, kewujudan pusat dobi berkenaan memberi manfaat besar kepada penghuni di Kamar Musafir di masjid berkenaan.

Menurut beliau, masjid tersebut mempunyai 10 unit Kamar Musafir yang sering menerima kehadiran pengunjung terutama dalam kalangan waris yang sedang menunggu ahli keluarga mendapatkan rawatan atau mempunyai urusan di HRPB.

“Sebelum ini, penghuni di Kamar Musafir Masjid Muhibbuddin Shah terpaksa keluar mencari perkhidmatan dobi di kawasan lain untuk mencuci pakaian mereka.

“Sekarang semuanya menjadi lebih mudah kerana mereka boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam kawasan masjid tanpa perlu pergi jauh,” ujarnya.

Wakaf mesin dobi bantu waris pesakit, jana ekonomi masjid Keyphrase Synonyms Projek Wakaf Mesin Dobi Ar-Ridzuan Wakaf mesin dobi MAIPk Dobi wakaf di masjid Wakaf Perak Ar-Ridzuan Pusat dobi wakaf masjid Related Keyphrase Projek Wakaf Mesin Dobi Ar-Ridzuan MAIPk perkasa institusi wakaf Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh Wakaf Perak jana ekonomi masjid Kemudahan dobi untuk waris pesakit HRPB
Imam 1 Masjid Muhibbuddin Shah, Mohamad Nasir Hassanketika ditemui di Pusat Dobi Layan Diri Wakaf Ar-Ridzuan di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF, 23 JUN 2026.

Beliau berkata, selain penghuni Kamar Musafir, kemudahan itu turut dimanfaatkan penduduk sekitar, golongan musafir dan pelajar institusi pengajian tinggi termasuk mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang berada berhampiran.

Mohamad Nasir berkata, sejak mula beroperasi, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan meraih purata pendapatan kasar mencecah kira-kira RM3,000 sebulan.

Menurut beliau, hasil tersebut kemudian digunakan bagi menampung kos operasi termasuk utiliti dan pengurusan, selain membantu memperkukuhkan kedudukan kewangan masjid.

Pengurus Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Noraizad Rosli (kiri) menunjukkan demonstrasi pengunaan mesin dobi layan diri kepada Pengurus Besar ZAPAR, Ahmad Nazim Md Tajuri pada Program ZAPAR Care Tour (ZACT) 2.1 di Pusat Dobi Layan Diri Wakaf Ar-Ridzuan di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF, 23 JUN 2026.

“Selain memudahkan urusan pengguna, projek ini juga memberi nilai tambah kepada masjid melalui sumber pendapatan yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti.

“Kami berharap lebih ramai masyarakat menggunakan kemudahan ini supaya manfaatnya dapat terus dikongsi bersama dan pada masa sama membantu mengembangkan agenda wakaf di negeri ini,” jelasnya.

Pelaksanaan Projek Wakaf Dobi Ar-Ridzuan di Masjid Muhibbuddin Shah dilihat selari dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 yang digagaskan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

MAIPk menjadi antara peneraju di bawah Program Flagship Kelima iaitu Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kutipan zakat perak meningkat 858 peratus dalam tempoh 20 tahun

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI