Maritim Kuala Kurau rampas 108 bubu naga di perairan Perak

PARIT BUNTAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau telah berjaya merampas sebanyak 108 unit bubu naga dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di perairan Perak sepanjang minggu ini.

Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, rampasan tersebut dilaksanakan menerusi Op Sayong, Op Khas Tanjung dan Op Tiris 4.0 yang dijalankan oleh aset PERKASA 1239 dan BENTENG 03.

Menurutnya, pada Selasa lalu, pasukan operasi daripada PERKASA 1239 telah berjaya menemui dan merampas 68 unit bubu naga yang dipercayai dipasang secara haram di dua lokasi iaitu pada kedudukan 1.57 batu nautika barat Ban Pecah dan 3.29 batu nautika barat daya Kuala Gula.

“Semalam, pasukan operasi daripada BENTENG 03 pula telah berjaya merampas 40 unit lagi bubu naga yang ditemui di kedudukan 6.05 batu nautika barat Kuala Gula dan 6.06 batu nautika barat laut Kuala Gula.

“Kesemua peralatan menangkap ikan tersebut dipercayai digunakan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, sekali gus melanggar peruntukan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Kesemua 108 unit bubu naga yang dirampas telah dibawa ke Zon Maritim Kuala Kurau untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan penggunaan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menjejaskan kelestarian sumber perikanan negara, merosakkan ekosistem marin serta memberi kesan kepada komuniti nelayan yang mematuhi peraturan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak rampas vesel pukat tunda, hasil laut lebih RM3 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI