Karnival Sinergi Komuniti MADANI platform promosi TVET kepada masyarakat

BAGAN SERAI – Karnival Sinergi Komuniti MADANI @ Kolej Komuniti Bagan Serai menjadi platform terbaik dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) selain mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang kemahiran.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, program yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Julai itu menghimpunkan kerjasama erat antara institusi pendidikan, industri dan komuniti setempat.

Menurut beliau, penganjuran karnival tersebut membuktikan pendekatan kolaboratif mampu membawa manfaat besar kepada masyarakat melalui pelbagai kursus kemahiran serta aktiviti keusahawanan.

“Kita melihat program Karnival Sinergi Komuniti MADANI ini menampilkan tiga pihak utama iaitu institusi pendidikan melalui Kolej Komuniti Bagan Serai, pihak industri dan juga komuniti masyarakat khususnya di Bagan Serai.

“Ia melibatkan pelbagai program dan kursus jangka pendek. Saya difahamkan sebanyak 40 kursus telah dilaksanakan sepanjang karnival ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sinergi Komuniti MADANI @ Kolej Komuniti Bagan Serai di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut Khairudin berkata, penglibatan peserta dalam kursus yang dianjurkan bukan sahaja membabitkan pelajar malah turut disertai golongan warga emas serta komuniti setempat.

Katanya, pendekatan itu memberi peluang kepada masyarakat memperoleh ilmu dan kemahiran baharu yang bukan sahaja meningkatkan kompetensi diri malah berpotensi menjadi sumber pendapatan.

“Saya lihat penyertaan bukan hanya dalam kalangan pelajar tetapi juga warga emas dan komuniti tertentu. Ini memberi ruang kepada masyarakat setempat menimba ilmu yang cukup bermanfaat untuk meningkatkan kemahiran serta menjana pendapatan, khususnya dalam bidang makanan, fesyen dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Khairudin berkata, penganjuran program seumpama itu merupakan antara pendekatan terbaik untuk mempromosikan TVET kepada masyarakat khususnya dalam mengubah tanggapan bahawa bidang berkenaan hanya menjadi pilihan terakhir pelajar.

“Kita masih melihat ada masyarakat yang menganggap TVET sebagai pilihan terakhir atau bidang kelas kedua.

“Tetapi melalui program seperti ini, kita dapat menunjukkan kekuatan dan manfaat besar bidang kemahiran kepada anak-anak yang mungkin kurang cemerlang dalam akademik tetapi mempunyai potensi untuk berjaya melalui laluan TVET,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI