Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai usaha dalam memperkasakan institusi pendidikan Islam termasuk sekolah pondok, maahad dan sekolah agama rakyat (SAR) termasuk menerusi menerusi peningkatan bantuan kewangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia turut meliputi usaha ke arah transformasi digital dan penambahbaikan kemudahan institusi pendidikan Islam itu di seluruh negara.
Katanya, kerajaan juga akan memastikan pelajar di sekolah pondok dan maahad tidak ketinggalan dalam penguasaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI). – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #AI #sekolahpondok


