PASIR SALAK – Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan diteruskan dalam menghadapi pilihan raya akan datang susulan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, semalam.
Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kemenangan UMNO dan BN di Negeri Sembilan selepas dua penggal tidak membentuk kerajaan adalah satu keputusan yang amat bermakna serta mencerminkan keyakinan rakyat terhadap parti itu. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





