IPOH – Polis Perak telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM46.32 juta bermula Januari sehingga 10 Ogos lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, dadah jenis syabu, ekstasi, heroin dan ganja mencatatkan jumlah rampasan tertinggi di negeri ini.
Menurutnya, bagi Bahagian Perundangan pula, sebanyak 4,529 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





