MGPerak: MAIPk Nafi Halau Peniaga, Jelaskan Isu Bekalan Air Terjejas

1

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menafikan dakwaan pihaknya menghalau peniaga di sebuah tapak perniagaan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini, susulan isu pemotongan bekalan air yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, notis yang dikeluarkan pihaknya juga tidak pernah mengarahkan mana-mana peniaga supaya menghentikan operasi atau mengosongkan tapak berkenaan.

Katanya, sebaliknya notis berkenaan dikeluarkan bagi menjelaskan kedudukan serta tanggungjawab institusi terbabit susulan masalah kebocoran paip utama dan tunggakan bekalan air hampir RM100,000 yang perlu diselesaikan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #MAIPk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini