IPOH – Penyelarasan peraturan dan piawaian asas bagi pusat penjagaan warga emas di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi memastikan golongan berkenaan menerima perkhidmatan penjagaan yang berkualiti dan selamat.
Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Juwairiya Zulkifli berkata, ketika ini aspek pelesenan pusat penjagaan warga emas masih berkait dengan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT), menyebabkan wujud perbezaan dari segi syarat dan peraturan mengikut negeri serta daerah.
Katanya, penyelarasan berkenaan juga perlu mengambil kira terhadap pelbagai faktor agar risiko kepada isu pengabaian terhadap sektor penjagaan warga emas dapat dikurangkan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





