MGPerak: Nahas Lori Imigresen: Jenazah Tiga Sekeluarga Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

3

KAMPAR – Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur selamat dikebumikan pada Rabu.

Kesemua jenazah dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, di sini, pada jam 11 malam.

Jenazah berkenaan ialah, Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, dan dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, serta Siti Darwisyah Auni, 12.

Ketiga-tiga jenazah itu tiba sekitar jam 10.30 malam di tanah perkuburan berkenaan dengan dibawa tiga van dengan diiringi kenderaan polis. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini