Orang Asli Tapah kekal setia sokong BN – Saravanan

TAPAH – Sokongan masyarakat Orang Asli terhadap Barisan Nasional (BN) di Tapah kekal kukuh ekoran hubungan dua hala antara kedua-dua pihak menjadi asas kepada kesetiaan berkenaan.

Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kesetiaan masyarakat Orang Asli terhadap BN di kawasan itu tidak pernah dipersoalkan sejak beliau menjadi wakil rakyat.

“Memang sejak saya menjadi wakil rakyat sehingga hari ini saya tidak boleh mempersoalkan kesetiaan Orang Asli di Tapah.

“Mereka juga telah memainkan peranan penting untuk kemenangan calon-calon Barisan Nasional di kawasan Tapah (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Serahan Kunci Rumah Baharu kepada Warga Orang Asli di Batu 9, Jalan Pahang, di sini, pada Sabtu.

Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan hadir ke Majlis Serahan Kunci Rumah Baharu kepada Warga Orang Asli di Batu 9, Jalan Pahang, Tapah. Foto SYAKIR YUSOF, 22 OGOS 2026.

Tambah Saravanan, pihaknya sentiasa berusaha membantu dan memenuhi permintaan masyarakat Orang Asli di kawasannya dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka sentiasa terjaga.

“Setiap kali ada permintaan, seberapa banyak pun kita cuba menampung dan kadang-kadang tidak ada atau tidak cukup peruntukan, tetapi saya masih cari daripada sumber luar untuk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Saravanan berkata, sokongan masyarakat Melayu terhadap calon MIC menunjukkan perkembangan positif berdasarkan keputusan pilihan raya di beberapa kawasan di Johor.

Beliau berkata, kemenangan BN di kawasan yang sebelum ini tidak pernah dimenangi parti berkenaan membuktikan terdapat perubahan sokongan terhadap calon MIC dalam kalangan pengundi Melayu.

“Kita tengok Johor, kawasan seperti Perling. Kita tidak pernah menang dan kita tidak sangka kita boleh menang, tetapi kita masih menang.

“Ini menunjukkan sokongan orang Melayu juga terhadap calon MIC meningkat,” katanya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI