Remaja maut, rakan parah dalam nahas motosikal, pacuan empat roda

IPOH – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pakatan Jaya, Tambun, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 malam itu, seorang lagi remaja lelaki yang menaiki motosikal sama dipercayai rakan mangsa turut cedera parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.06 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun tiba di lokasi tiga minit kemudian.

“Setibanya jentera di tempat kejadian didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan sebuah motosikal.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah, manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, ketika jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi, anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bercham sedang memberikan bantuan awal pernafasan atau CPR kepada mangsa yang tidak sedarkan diri.

“Mangsa yang cedera turut diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut manakala mayat yang disahkan meninggal dunia diserahkan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II TBK Azizul Afuan Alias itu terkawal pada pukul 10.15 malam dan tamat sepenuhnya 10.20 malam. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI