IPOH – Urban Forest iaitu projek pembangunan ekosantuari dan perbandaran gaya hidup berskala besar bernilai lebih RM1 bilion oleh Team Keris Berhad (TKB), bakal menjadi antara pembangunan berimpak tinggi yang mencorakkan landskap baharu koridor Bercham–Tambun di sini.
Projek yang akan dibangunkan di kawasan seluas 34 hektar (84 ekar) itu turut mendapat kerjasama RJJ Hotels Sdn Bhd (RJJ Hotels) dan Persatuan Pengusaha Restoran Cina Malaysia (MCRA), dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak


