Gempa bumi Gerik: Perak tunggu laporan terkini JMG

TAIPING – Kerajaan negeri Perak masih menunggu laporan terkini daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) susulan kejadian gempa bumi lemah yang dikesan di kawasan Temengor, Gerik, Jumaat lalu.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, pemantauan akan terus dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai punca serta perkembangan aktiviti pergerakan bawah tanah di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini, untuk gempa bumi yang tidak sebesar dan tidak melebihi skala lima (5 Magnitud Momen) dan boleh dikatakan orang ramai tidak perlu terlalu risau terhadap kejadian.

“Namun, pemantauan akan terus dijalankan dan kita tidak akan pandang ringan terhadap hal ini kerana ia mungkin juga menjadi satu amaran awal (kepada fenomena alam lain),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program MADANI Kita (PMK) anjuran anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di Dataran Warisan Taiping, pada Ahad.

Gempa bumi Gerik Keyphrase synonyms: gempa bumi di Gerik, gegaran gempa bumi Gerik, gempa Temenggor, gempa bumi lemah Perak Related keyphrase: laporan JMG gempa bumi Gerik gempa bumi Temenggor Perak gempa bumi magnitud 3.4 Gerik gegaran gempa bumi Hulu Perak aktiviti gempa bumi di Perak
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim hadir pada Program MADANI Kita (PMK) anjuran anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di Dataran Warisan Taiping, pada Ahad. Foto SYAKIR YUSOF.

Hadir sama, Pengarah JAPEN Perak Hasmiza Hussin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Ong Seng Guan.

Kok Lim berkata, berdasarkan maklumat awal, kejadian gempa bumi lemah berkenaan dipercayai melibatkan pergerakan minimum di bawah permukaan tanah.

Bagaimanapun jelas beliau, sebarang kesimpulan lanjut termasuk kemungkinan kesan terhadap struktur tanah dan infrastruktur di kawasan terbabit perlu menunggu laporan lengkap daripada JMG.

“Saya kena tunggu laporan daripada JMG terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan sebenar termasuk sama ada terdapat sebarang kesan terhadap struktur tanah dan infrastruktur. Walau bagaimanapun, isu ini memang berada di bawah pemantauan pihak berkuasa,” ujarnya.

Pada Jumaat media melaporkan, kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 direkodkan di kawasan Temenggor, di Gerik pada jam 12.06 tengah malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan gegaran turut dilaporkan dirasai di kawasan sekitar.

Agensi itu melaporkan kejadian itu berlaku pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur, dengan pusat gempa dikesan 9 kilometer (km) di timur laut Hulu Perak dengan kedalaman 10 km.

Kok Lim menerusi kenyataan media sebelum ini dilaporkan berkata, kawasan sama pernah merekodkan kejadian gempa bumi iaitu pada tahun 2013 dan 2016.

Ujar beliau, manakala bagi kawasan Manjung, gempa bumi bermagnitud 2.5 direkodkan pada 2009 pada kedalaman 22.5 km. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Gempa bumi lemah landa Temenggor, Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI