TAIPING – Logam mungkin hanya dilihat sebagai bahan yang keras dan bernilai, namun di sebalik keris, gendang, perhiasan, mata wang dan perkakas yang diperbuat daripadanya tersimpan cerita panjang mengenai ketamadunan manusia.
Lebih menarik, sebahagian daripada cerita itu sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan Perak, negeri yang sejak sekian lama dikenali dengan kekayaan hasil bumi termasuk bijih timah.
Melalui Pameran Magis dan Logam di Muzium Perak, sebanyak 140 artifak atau koleksi logam dihimpunkan untuk membawa pengunjung menelusuri sejarah, budaya dan kearifan masyarakat terdahulu menerusi objek yang mungkin selama ini hanya dilihat sebagai barang lama. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





