MGPerak: Kerajaan Kaji Pelaksanaan Hukuman Sebatan Mandatori

49

IPOH – Kerajaan sedang menjalankan kajian bagi menambah baik pelaksanaan hukuman sebatan mandatori di negara ini dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, kajian berkenaan antara lain meneliti keberkesanan hukuman tersebut serta cadangan berkaitan pelaksanaannya pada masa hadapan.

Katanya, tiga sesi mesyuarat sudah diadakan bersama pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kementerian berkaitan bagi mendapatkan pandangan sebelum sebarang keputusan dibuat. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini