IPOH – Sebanyak 267,873 panggilan direkodkan menerusi Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love) sepanjang lebih empat tahun sehingga 19 September lalu, termasuk 518 kes krisis tingkah laku bunuh diri.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, talian berkenaan memainkan peranan penting dalam membantu individu yang berdepan krisis kesihatan mental termasuk pemikiran dan cubaan membunuh diri.
Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan panggilan itu, seramai 220,859 klien atau 82 peratus menerima sokongan emosi, manakala 47,014 klien, kira-kira 18 peratus, menerima intervensi khusus. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





