IPOH – Kemasukan lebih banyak hotel jenama antarabangsa dan bertaraf tinggi di Ipoh dilihat mampu memperkukuh sektor pelancongan negeri Perak, khususnya dalam usaha menarik pelancong yang mencari penginapan berkualiti.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee berkata, perkembangan itu juga menunjukkan bandar raya ini semakin bersedia untuk meningkatkan kedudukannya dalam pasaran pelancongan antarabangsa.
Katanya, selain pelbagai jenis pilihan penginapan termasuk hotel bajet, kewujudan hotel bertaraf tinggi penting bagi memenuhi keperluan pengunjung yang mahukan pengalaman percutian lebih selesa. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





