Program libat penceramah bebas tular dihenti serta-merta – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Semua program melibatkan seorang penceramah bebas yang didakwa berkelakuan tidak wajar ketika mengendalikan program bersama dengan murid di sekolah diarahkan dihentikan serta-merta.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata langkah itu bagi memberi ruang untuk siasatan penuh dijalankan susulan terdapat beberapa dakwaan yang tular di media sosial membabitkan penceramah tersebut.

“Dakwaan yang dibangkitkan adalah serius memandangkan ia melibatkan keselamatan dan perlindungan murid. Saya telah meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini.

“Keselamatan murid mesti dipandang serius serta diteliti. Keselamatan anak-anak di bawah jagaan KPM tidak boleh dikompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Fadhlina menyeru individu yang mempunyai maklumat berkaitan agar tampil membuat laporan polis bagi memastikan anak-anak mendapat perlindungan dan sokongan sewajarnya.

Media hari ini melaporkan dakwaan tular di media sosial mengenai perlakuan tidak wajar penceramah itu termasuk dikatakan terlibat perlakuan pedofilia dan menjadikan pelajar sebagai mangsa.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI