IPOH – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya di kediaman mereka di Menglembu minggu lalu.
Tertuduh, Chew Loong Thye, 49, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Norizan Riduan.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





