MGPerak: Dua Beradik Maut, Seorang Parah PM Salur Bantuan Awal RM2,000 Kepada Keluarga Mangsa

46

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyumbangkan bantuan awal RM2,000 kepada keluarga tiga beradik yang terlibat dalam nahas di Jalan Perpaduan berhampiran Taman Perpaduan Ria, Tambun di sini pagi tadi.

Sumbangan itu disampaikan Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, Muhammad Izzuddin Hariz Bohari mewakili Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun kepada abang ipar mangsa, Norhanizam Muhammad Yusri, 28, di Taman Bagus di sini, petang ini.

Sementara itu, Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, Ashraf Kahasani berkata, Perdana Menteri telah menelefon sendiri serta meminta wakil pusat khidmat untuk menyampaikan bantuan tersebut kepada keluarga terbabit. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini