Lelaki warga emas maut, pembonceng parah motosikal terbabas

TAIPING – Seorang lelaki warga emas maut manakala pembonceng wanita parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan hampir masuk ke dalam rumah di Lorong Kampung Boyan 1, Kampung Boyan, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 12.41 tengah hari.

Menurutya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping digerakkan ke lokasi bagi menjalankan kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati motosikal jenis Yamaha Ego yang dinaiki dua mangsa terbabas dan hampir masuk ke dalam longkang di hadapan sebuah rumah.

“Lelaki berusia 76 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala wanita berusia 69 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa lelaki terbabit kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi membuat penilaian situasi serta mengaplikasikan konsep SAVER dan anggota mengangkat mangsa lelaki yang hampir terjatuh ke dalam longkang sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematiannya.

“Mangsa wanita yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital,” ujarnya.

Katanya, mayat mangsa lelaki terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 1.49 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Empat maut termasuk bayi perempuan nahas tiga kenderaan di JRTB

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI