Lalat hurung muka, masuk makanan, penduduk terpaksa tidur berkelambu

KAMPAR – Masalah gangguan lalat yang didakwa berlarutan sejak bertahun-tahun dan semakin sukar dikawal telah mengganggu kehidupan harian serta mata pencarian lebih daripada 400 penduduk di Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa di sini.

Bagi suri rumah, Jameah Jabar, 64, masalah itu didakwa menyebabkan pelbagai urusan harian dia sekeluarga termasuk menerima kunjungan tetamu menjadi sukar apabila lalat terus menghurung di setiap sudut kawasan rumahnya.

gangguan lalat di Kampar masalah lalat di Kampar, gangguan lalat di Changkat Tualang, lalat di Redang Sawa, masalah lalat di kampung, aduan penduduk mengenai lalat masalah lalat di Changkat Tualang gangguan lalat di Redang Sawa penduduk Kampar gangguan lalat pendapatan peniaga merosot akibat lalat baja najis ayam punca lalat
Lalat mengerumuni sudut sebuah meja sehingga menimbulkan gangguan kepada penduduk di Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa, Gopeng, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

“Duduk sahaja, lalat memang akan datang menghurung muka dan telinga, hendak makan pun susah, apatah lagi kalau orang datang ke rumah. Malah sering mereka bertanya kenapa banyak sangat lalat di sini.

“Sekarang misalnya kalau hendak mengadakan kenduri kahwin atau jamuan hari raya, kami sekeluarga buat di rumah anak di Batu Gajah kerana orang luar pun banyak mengadu mengenai masalah lalat ini,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena lawatan kerja Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi di lokasi, pada Isnin.

gangguan lalat di Kampar masalah lalat di Kampar, gangguan lalat di Changkat Tualang, lalat di Redang Sawa, masalah lalat di kampung, aduan penduduk mengenai lalat masalah lalat di Changkat Tualang gangguan lalat di Redang Sawa penduduk Kampar gangguan lalat pendapatan peniaga merosot akibat lalat baja najis ayam punca lalat
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi bertemu penduduk bagi meninjau masalah gangguan lalat di Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa, Gopeng, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

Menurut Jameah, masalah gangguan lalat itu berlaku tanpa mengira waktu atau keadaan cuaca sehingga dia dan suaminya terpaksa menggunakan kelambu untuk tidur dengan lebih selesa.

“Jika hendak tidur, kami terpaksa memasang kelambu untuk mengelakkan daripada gangguan lalat. Jika tidur boleh pasang kelambu, takkan kalau hendak makan dan minum pun kami perlu pasang kelambu juga,” ujar nenek kepada 13 cucu itu.

gangguan lalat di Kampar masalah lalat di Kampar, gangguan lalat di Changkat Tualang, lalat di Redang Sawa, masalah lalat di kampung, aduan penduduk mengenai lalat masalah lalat di Changkat Tualang gangguan lalat di Redang Sawa penduduk Kampar gangguan lalat pendapatan peniaga merosot akibat lalat baja najis ayam punca lalat
Penduduk, Jameah Jabar, 64. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

Jameah berkata, makanan dan minuman juga perlu sentiasa ditutup bagi mengelakkan lalat hinggap, manakala pelekat lalat terpaksa dibeli secara berterusan untuk mengurangkan gangguan berkenaan.

“Kalau tidak guna gam lalat memang tidak boleh, dan sehari ia boleh habis empat hingga enam keping kerana sudah penuh dengan lalat.

“Pernah juga cucu saya kadang-kadang demam kerana dipercayai makanan yang dimakan tercemar kerana lalat. Hendak buat macam mana, lalat terlampau banyak dan dan kita hanya mampu menghalaunya menggunakan kain untuk makan,” katanya lagi.

Larva lalat dilihat membiak pada timbunan bahan yang dipercayai merupakan baja berasaskan tinja ayam di sebuah kawasan ladang di Kampung Changkat Tualang, Gopeng, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

Sementara itu, peniaga warung, Osman Sharif, 58, berkata, masalah berkenaan turut memberi kesan kepada pendapatannya apabila pelanggan semakin kurang singgah untuk menjamu selera.

Menurutnya, sebelum gangguan lalat menjadi semakin serius, warungnya sering menjadi persinggahan orang luar termasuk pengunjung yang gemar melakukan aktiviti berbasikal secara berkumpulan.

Peniaga warung, Osman Sharif, 58, Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

“Pendapatan saya memang terjejas, anggaran penurunan lebih kurang 50 peratus kerana orang luar sudah tidak mahu singgah apabila mengetahui keadaan warung atau kedai makan yang banyak lalat.

“Orang kampung mungkin sudah biasa, tetapi orang luar takut kerana lalat dianggap boleh membawa penyakit, malah saya sendiri pun kalau melihat kedai makan terlalu banyak lalat, saya tidak akan singgah,” ujarnya.

Osman berkata, dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli pelekat lalat dan menggunakan pewangi serai wangi bagi mengurangkan gangguan itu, namun langkah berkenaan hanya berkesan untuk sementara waktu.

Katanya, penggunaan pelekat lalat secara berterusan juga tidak menyelesaikan masalah apabila berpuluh-puluh keping boleh dipenuhi lalat dalam tempoh sehari.

gangguan lalat di Kampar masalah lalat di Kampar, gangguan lalat di Changkat Tualang, lalat di Redang Sawa, masalah lalat di kampung, aduan penduduk mengenai lalat masalah lalat di Changkat Tualang gangguan lalat di Redang Sawa penduduk Kampar gangguan lalat pendapatan peniaga merosot akibat lalat baja najis ayam punca lalat
Pintu masuk sebuah ladang dipercayai diconteng sebagai tanda bantahan penduduk terhadap masalah gangguan lalat yang berlarutan di kawasan berkenaan di Kampung Changkat Tualang, Gopeng, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

“Saya terpaksa membersihkan kedai dengan kerap lebih daripada kebiasaan kerana sering mendapat keluhan pelanggan apabila makanan dan minuman mereka dimasuki lalat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) merangkap Ketua Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa, Ahmad Kazimi Ibrahim berkata, masalah berkenaan dilihat semakin ketara sejak tiga hingga empat bulan kebelakangan ini.

Beliau berkata, kedua-dua kampung itu mempunyai lebih 160 rumah, manakala kawasan sekitarnya dikelilingi kira-kira tujuh kebun tanaman kontan termasuk jagung dan ubi keledek.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) merangkap Ketua Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa, Ahmad Kazimi Ibrahim. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

Justeru beliau berkata, penduduk mengesyaki penggunaan baja berasaskan tinja ayam di kawasan kebun menjadi antara punca gangguan lalat, berdasarkan peningkatan jumlah serangga itu selepas aktiviti pertanian berkenaan semakin meluas.

“Kita melihat kemungkinan ia berkaitan dengan penggunaan baja di kebun kerana terdapat lori membawa baja tinja ayam masuk ke kawasan kampung pada waktu yang tidak menentu, termasuk pada waktu malam dan awal pagi,” katanya.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi meninjau sebuah kawasan ladang yang disyaki menjadi punca gangguan lalat di Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa, Gopeng pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

Ahmad Kazimi berkata, pihak JPKK sebelum ini ada membincangkan masalah itu dalam mesyuarat serta menemui pekerja kebun untuk memberikan nasihat, namun usaha mendapatkan penjelasan daripada pemilik kebun masih berdepan kesukaran.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan juga telah mengambil beberapa tindakan perlu pada Julai lalu, termasuk termasuk memasang perangkap lalat, namun gangguan itu masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

“Harapan saya agar pihak berwajib dapat melaksanakan pemantauan dan kawalan terhadap penggunaan baja di kawasan pertanian di sini bagi mengurangkan pembiakan lalat serta mengembalikan keselesaan penduduk,” tambahnya. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI