Perak siasat dakwaan penggunaan baja mentah punca gangguan lalat

KAMPAR – Kerajaan negeri Perak akan menyiasat dakwaan penggunaan tinja ayam yang tidak diproses sebagai baja tanaman, yang disyaki menjadi antara punca gangguan lalat di Kampung Changkat Tualang dan Kampung Redang Sawa di sini.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pengusaha terlibat sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran peraturan berkaitan penggunaan bahan itu.

Menurutnya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri akan mengumpulkan maklumat mengenai aktiviti pertanian di kawasan berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi ketika ditemui media berhubung masalah gangguan lalat di Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa, Gopeng, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

“Kita hendak pastikan perkara ini sama ada benar atau tidak kerana kita khuatiri petani terlibat menggunakan tinja yang tidak diproses untuk baja kerana harganya lebih murah.

“Sekiranya perkara ini berlaku dan kita mendapat bukti (ia benar), maka kita akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengusaha ladang terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk dan meninjau lokasi yang terjejas akibat gangguan lalat di kedua-dua kampung itu, pada Isnin.

gangguan lalat di Kampar gangguan lalat di Perak, masalah lalat di Kampar, dakwaan baja mentah punca lalat, penggunaan tinja ayam sebagai baja, siasatan gangguan lalat siasatan gangguan lalat di Kampar baja mentah punca gangguan lalat tinja ayam tidak diproses sebagai baja Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa Mohd Azlan Helmi gangguan lalat
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi bertemu penduduk bagi meninjau masalah gangguan lalat di Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa, Gopeng, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

Mohd Azlan berkata, bancian menyeluruh akan dilaksanakan bagi mengenal pasti jumlah pengusaha pertanian serta jenis tanaman yang diusahakan sebelum tindakan susulan dapat dirangka.

Beliau berkata, Jabatan Pertanian Negeri turut bersetuju untuk mengadakan sesi taklimat kepada petani mengenai kaedah pembajaan yang betul bagi mengurangkan pembiakan lalat di kawasan kebun.

“Jabatan Pertanian Negeri akan mengajar cara melakukan pembajaan dengan teratur supaya tidak menyebabkan lalat semakin banyak di kawasan kebun.

“Saya optimis masalah gangguan lalat di dua kampung ini dapat diselesaikan jika semua pihak dapat memberikan kerjasama,” ujarnya.

gangguan lalat di Kampar gangguan lalat di Perak, masalah lalat di Kampar, dakwaan baja mentah punca lalat, penggunaan tinja ayam sebagai baja, siasatan gangguan lalat siasatan gangguan lalat di Kampar baja mentah punca gangguan lalat tinja ayam tidak diproses sebagai baja Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa Mohd Azlan Helmi gangguan lalat
Lalat mengerumuni sudut sebuah meja sehingga menimbulkan gangguan kepada penduduk di Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa, Gopeng, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

Pada masa sama Mohd Azlan berkata, siasatan awal mendapati kawasan di dua kampung berkenaan mempunyai pelbagai aktiviti pertanian yang berhampiran termasuk penanaman jagung dan ubi keledek.

Beliau berkata, beberapa operasi penguatkuasaan sebelum ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar susulan aduan penduduk, dengan kompaun dilaporkan dikeluarkan terhadap empat pengusaha ladang ayam kira-kira tiga bulan lalu.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi meninjau sebuah kawasan ladang yang disyaki menjadi punca gangguan lalat di Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa, Gopeng pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.
gangguan lalat di Kampar gangguan lalat di Perak, masalah lalat di Kampar, dakwaan baja mentah punca lalat, penggunaan tinja ayam sebagai baja, siasatan gangguan lalat siasatan gangguan lalat di Kampar baja mentah punca gangguan lalat tinja ayam tidak diproses sebagai baja Kampung Changkat Tualang dan Redang Sawa Mohd Azlan Helmi gangguan lalat
Larva lalat dilihat membiak pada timbunan bahan yang dipercayai merupakan baja berasaskan tinja ayam di sebuah kawasan ladang di Kampung Changkat Tualang, Gopeng, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OKTOBER 2026.

Bagaimanapun, jelas beliau, gangguan lalat masih berterusan dan belum menunjukkan pengurangan ketara walaupun tindakan berkenaan telah diambil.

“Masalah ini serius kerana kita masih menerima aduan penduduk yang terpaksa berhadapan dengan kerumunan lalat dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Lebih daripada 400 penduduk Kampung Changkat Tualang dan Kampung Redang Sawa mendakwa mengalami gangguan lalat sejak lebih setahun lalu, yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti pertanian dan pembukaan kira-kira tujuh ladang berhampiran kawasan penempatan mereka. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Bau busuk premis proses bangkai haiwan ganggu penduduk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI